Pusat
Sumber Sekolah Kebangsaan Ulu Dusun dinamakan sebagai Maktabah
Al-Ghazali. Ia terdiri daripada dua bahagian iaitu Bilik
Sumber(perpusatakaan) dan Bilik Tayangan. Didalam perpustakaan terdapat
beberapa ruang khas iaitu Sudut Membaca, Sudut Pameran, Kaunter
Peminjaman dan Pemulangan, Sudut Bercerita dan Pentas Karya. Ia juga
turut menempatkan bahan bantu mengajar(BBM) yang boleh digunakan oleh
guru dan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Maktabah
Al-Ghazali mempunyai seorang guru penyelaras, ahli jawatan kuasa dan
pengawas perpustakaan seramai 32 orang yang terdiri daripada murid tahap
dua.
Tujuan
penubuhan Maktabah Al-Ghazali ini ialah untuk memupuk budaya membaca,
budaya ilmu, pendidikan sepanjang hayat serta masyarakat membaca
dikalangan murid dan guru disamping menjadi tempat untuk mengumpul,
membina, memproses dan mengedar bahan cetak dan bahan bukan cetak dengan
gabungan kemanusiaan.
Ia
juga memberi perkhimatan yang sistematik selaras dengan fungsi Pusat
Sumber Sekolah yang merupakan nadi dalam perkembangan Kurikulum dan
Ko-Kurikulum disekolah.
Demi
kemajuan Maktabah Al-Ghazali, kami sentiasa memperkemaskan
pengurusannya. Pihak sekolah juga menyediakan peruntukan untuk
menceriakan dan melengkapkan bahan dan alaatan agar menepati tujuan dan
keperluan guru dan murid.
Dengan
kerjasama dari semua guru dan murid, pelbagai aktiviti telah dapat
dilaksanakan dengan jayanya dan memberi kesan positif terhadap seluruh
warga sekolah.
No comments:
Post a Comment