Piagam Pelanggan


MURID
  • Memastikan semua murid menerima PdP mengikut masa yang diperuntukkan
  • Memastikan semua murid mendapat layanan yang adil
  • Memastikan semua murid yang layak mendapat pinjaman buku teks untuk tahun berikutnya menerima buku teks pada hujung tahun semasa, sebelum sesi persekolahan berakhir
  • Memastikan semua murid tahap dua mendapat peluang menyertai kegiatan ko-kurikulum sekurang-kurangnya satu persatuan, satu badan unit beruniform dan satu sukan permainan
  • Peluang diberi kepada murid tahap satu untuk menyertai satu aktiviti ko-kurikulum mengikut minat dengan kebenaran ibu bapa

STAF
  • Setiap staf sekolah menerima latihan dalaman dalam bidang masing-masing sekurang-kurangnya dua kali setahun
  • Sebarang masalah / kesulitan yang dihadapi oleh setiap staf akan diambil tindakan segera. ( Tidak melebihi dari 3 hari)

IBUBAPA
  • Setiap waris murid yang berurusan dengan sekolah akan dilayan secara adil dan mesra
  • Setiap aduan akan disiasat dan maklum balas akan diberi tidak lebih dari 3 hari bekerja
  • Setiap cadangan / usul yang baik dan munasabah akan dipertimbangkan oleh pihak sekolah.

KPM/JPN/PPD
  • Memastikan surat daripada KPM/JPN/PPD atau laporan yang diminta/dijawab dihantar sebelum / mengikut masa yang ditetapkan.

Sebarang aduan dan pertanyaan sila hubungi:
Pejabat:Tel/fax :089-508041/089-508040

No comments:

Post a Comment