SK Ulu Dusun Sandakan mula beroperasi
pada tahun 1969 di Rancangan Sungai Kapor. Selepas itu SK ULU DUSUN berpindah
ke Batu 30 di kawasan Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun. Sekolah ini beroperasi
di sebuah bangunan LKTNS yang diserahkan kepada Sk Ulu Dusun.
Pada tahun 1984 Sk Ulu Dusun berpindah ke
bangunan baru yang terdiri daripada sebuah bangunan batu 3 tingkat, sebuah
bangunan kayu, sebuah kantin dan sebuah tandas. Pada tahun 1987 sebuah bangunan
Pusat Sumber telah dibina dengan peruntukan daripada Bank Dunia. Pada tahun
2002 bangunan kayu diganti dengan bangunan batu setingkat serbaguna yang baru
yang boleh digunakan sebagai dewan, surau dan bilik pentadbiran Hal ehwal
Murid. Pada 2001, sebuah bangunan menempatkan Makmal ICT telah dibina untuk
kemudahan pengajaran dan pembelajaran ICT. Sehingga tahun 2011, sebanyak 10
buah rumah guru telah dibina untuk guru.
Semasa awal beroperasi jumlah muridnya
kurang daripada 50 orang sehingga hampir 1000 orang pada tahun 1990an. Jumlah
murid pada tahun 2006 ialah seramai 447 orang. Jumlah Guru dan KTBM pada tahun
2006 ialah 35 orang (33 orang guru dan 3 orang KTBM). Kini iaitu pada tahun
2015, anggaran jumlah murid ialah seramai 450 orang manakala bilangan guru 38
dan kakitangan bukan mengajar ialah seramai 5 orang.
No comments:
Post a Comment